4.11.06

Lawak 'politik' ala Malaysia

Ini dia lawakan berbau2 politik ala Malaysia, dapet dari sebuah testimonial seseorang kepada seseorang.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu 1) : (Menengking) Mengapa selamat pagi
Sahaja?
Petang Dan malam awak doakan saya tak
Selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan
Penuh
Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
Semua
Masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak 2) uji kamu semua tentang
Perkataan
Berlawan. Bila cikgu sebutkan
Perkataannya,
Kamu semua mesti menjawab dengan
Cepat, lawan bagi
Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan 3)!

Murid : UMNO 4)!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang 5) kamu in!

Murid : Cerdik kami TU!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah Hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap Dan mengambil buku-bukunya
Keluar.)

Keterangan:
1). Cikgu, kependekan dari encik guru, atau pak guru.
2). nak = mau
3). Keadilan, tentu maksud cikgu itu memang keadilan dlm makna yg sebenarnya.. tapi oleh murid2nya ditafsirkan sebagai Parti Keadilan Nasional, partai pembangkang (oposisi) yang diprakarsai Anwar Ibrahim, mantan timbalan (wakil) PM yang pernah dijatuhkan dan difitnah oleh penguasa saat itu.
4). UMNO, United Malay National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), partai berkuasa saat ini.
5). Bangang = bego!